Monday, November 24, 2008

TIPS CINTA SUAMI ISTERI

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Aku yang paling gembira bila.....


Isteriku melahirkan bayi seberat 2.7 kilo pada pagi Ahad, 29 Mac 2009 jam 3.36 pagi... Pada ketika itu, aku berada disisi isteriku...melihat dirinya yang berusaha melahirkan anakku... I Love You sayang... tahulah aku, betapa peritnya seorang ibu melahirkan anaknya... Ahmad Darish Sufyan nama diberi....Gambar ketika usianya baru masuk 2 hari....

Perasaan aku ketika kelahirannya...i'm the happiest person in the world...3 years, i've been waiting this moment... and now, i got a title " Ayah "...

Tuesday, May 13, 2008

Cahaya Cinta

Dia telah menentukannya
Kita bertemu dan cinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta


Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi kasih takkan berganti
Ini bahagia yang ku cari

Sayangi daku
Peluklah daku
Janji denganku
Semai cinta nan satu

Tuhan menguji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga hingga ke alam syurga

Dia telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta
Ooh.....

Sayangi daku
Peluklah daku
Janji denganku
Semai cinta nan satu

Munajat Orang yang Takut kepada Allah


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Ilahi
Benarkah Engkau akan menyiksaku setelah aku beriman pada-Mu
Benarkah Engkau akan menjauhiku setelah aku mencintai-Mu
Benarkah Engkau akan menolakku
setelah aku mengharapkan rahmat dan maaf-Mu
Benarkah Engkau akan mengempaskanku
setelah aku berlindung dengan ampunan-Mu

Demi wajah-mu yang mulia
Tidak mungkin Engkau mengecewakanku

Duhai, diriku!
untuk kecelakaankah Ibuku melahirkanku
untuk kesusahankah Engkau memeliharaku
Ah, alangkah baiknya bila Ibu tidak melahirkanku
dan Engkau tidak memeliharaku
Ah, alangkah baiknya sekiranya aku tahu
Engkau jadikan aku pemilik bahagia
yang Kauistimewakan dengan kedekatan pada-Mu
sehingga tenang hatiku dan tenteram diriku

Ilahi
Apakah Engkau akan menggelapkan wajah-wajah
yang sudah rebah tunduk karena kebesaran-Mu
Apakah Engkau akan membungkam lidah-lidah
yang selalu bergetar memuji keagungan dan keluhuran-Mu
Apakah Engkau mengunci hati
yang telah luluh dalam kecintaan pada-Mu
Apakah Engkau akan menulikan telinga-telinga
yang telah menikmati mendengarkan zikir-Mu dalam iradah-Mu
Apakah Engkau akan membelenggu tangan-tangan
yang terangkat karena harapan pada-Mu memohonkan kasih-Mu
Apakah Engkau akan menyiksa tubuh-tubuh
yang beramal mematuhi-Mu sehingga melepuh dalam mengabdi-Mu
Apakah Engkau akan mengazab kaki-kaki
yang berlari 'tuk berbakti pada-Mu

Tuhanku
Jangan tutupkan pintu rahmat-Mu
dari orang yang mengesakan-Mu
Jangan halangi memandang indahnya pandangan-Mu
orang yang merindukan-Mu

Ilahi
Diri yang telah Kauteguhkan dengan tauhid-Mu
Bagaimana mungkin Engkau rendahkan
dengan kehinaan pengusiran-Mu
Hati yang telah terikat dengan cinta-Mu
Bagaimana mungkin Engkau bakar
dengan panasnya api-Mu

Ilahi
Lindungi aku dari pedihnya murka-Mu
dan besarnya marka-Mu
Wahai Yang Pengasih

Wahai Yang Pemberi
Wahai Yang Penyayang
Wahai Yang Penyantun
Wahai Pemaksa, wahai Penguasa
Wahai Pengampun, wahai Penutup
Selamatkan aku dengan rahmat-Mu
dari azab neraka dan ungkapan cela
Pada saat terpisah orang mulia dan orang durhaka
ketika segala daya binasa dan segala bahaya menimpa
ketika orang baik didekatkan dan orang jahat dijauhkan
Setiap diri dibalas sesuai dengan hasil kerjanya dan tidak dianiaya

Munajat ini adalah munajat ketiga dari l5 munajat Imam Ali Zainal
Abidin (sa), salah seorang cucu Rasulullah saw. (kitab Mafatihul
Jinan, kunci-kunci surga)

Friday, May 2, 2008

My Bro with father...

In front of my house. Gambar diambil sebelum zali balik ke kem TLDM Lumut dan aku ngan yang lain gi kenduri umah sedara kt Jengka 17.

Mana yang lebih hensem?

dua orang, anak lelaki ayah yang xde dlm ni...Ayen & Adam..